Tuesday 11 June 2013

Berhati-hati bila berurusan dengan kaunter bank!

Disclaimer:Pengalaman ini adalah pengalaman saya sendiri.Sebarang informasi di dalam blog ini tidak boleh diguna pakai terhadap saya di mahkamah.


Ai buat lump sum settlement untuk akaun kredit kad yang tertunggak sekian lama di Bank Islam.

Banyak sejarah hitam dengan bank ni dari awal bahagian kad kredit ditubuhkan sampai la sekarang.

Bukannya anti bank islam atau nak buli pihak mereka dengan kisah ini tetapi sebagai teladan dan pengajaran kepada orang lain supaya lebih berhati-hati ketika di kaunter bank.

Disclaimer kedua: Tragedi ni boleh berlaku di bank-bank lain juga tetapi sila beri lebih perhatian jika ianya Bank Islam.(Pendapat peribadi.Hak kebebasan bersuara).

Pada 21 May 2013 ai dah ke kaunter bank islam sunway damansara bertujuan untuk menjelaskan amaun tertunggak yang terkumpul semenjak tahun 2009.Ai mampu bayar sekarang.Dulu masa ai terhegeh hegeh naik turun mahkamah sebab nak merayu kepada Bank Islam yang ai tak mampu nak bayar sekaligus,Bank Islam tetiba cakap kat pendaftar nak setel luar mahkamah.Pffttt..sesia saja bawak kes konon bagi notis ke mahkamah.buang masa betul.

ai sedar ai pakai kad secara membuta-tuli .Bila dah insaf dah terlambat.Tapi selama 5 tahun tu memang Bank Islam asyik kacaula.Biasala.

Disebabkan ai dah naik ke mahkamah dan Bank Islam nak setel luar mahkamah..i ignore setiap pembayaran dan nama ai memang kena blacklist.Masa tu belum ada flexi payment.Bodoh Bank Islam ni..2008 ai pakai maybank ok aje ada flexi payment..bank islam agak mundur dari segi kemajuan masa tu( dan sekarang pun-(personal opinion from experience).

Jadi lepas dapat komisyen haritu,ai tekad untuk hilangkan Bank Islam dari sejarah hidupku dengan buat lump sum payment.

Rupanya ingatkan dah selesai.

Pada 11 Jun 2013 Ai call bahagian kad kredit,pegawai bertugas cakap duit tak masuk pun????

Ai pergi ke Bank Islam Sunway Damansara semula dan dapatkan salinan slip.( guna taktik kata slip ai hilang..).

Memang tepat la seperti yang dijangka..mereka salah masukkan dalam kad orang lain.

Selepas i beritahu pegawai yang sama yang salah masukkan duit tu, beliau xberkata minta-maaf dan tidak menghubungi ai semula untuk inform duit tu dah masuk atau belum.Dengan ego la kot beliau..ai senyum dan cakap thanks.

(Thanks sebab tidak berterima kasih..tidak meminta maaf..tidak mengaku salah pihak bank..tidak memberi sebarang penjelasan apa sebenarnya yang berlaku dan tidak double check pun kesilapan).

Jadi Cik Norehan, Tunggu surat rasmi Complaint dari saya atas ketidak profesionalism awak.

kalau saya berhati busuk, saya akan pergi buat report polis ditujukan kepada awak.Itupun kalau saya kejam la.


Jadi pengajaran ni bagus untuk ditujukan kepada diri sendiri.Jangan percaya bulat-bulat dengan pegawai di kaunter bank.

ai belajar dari kesilapan dan u guys hopefully jangan tersalah buat kelalaian macam ai..


UPDATE:Ai hubungi Cik Norehan pagi tadi dan beliau cakap beliau cuba hubungi ai 2x untuk pemberitahuan dan masuk ke voicemel.

Apabila ai tanya,"salah siapa?" beliau menjawab,"salah saya,no akaun hampir sama".
Pegawai beliau akan hantar surat ke email i soon-katanya.

Jadi ai terima permohonan maaf tu but i will not delete my entry on this matter.I want it to be a lesson to all people who are reading this entry..and who will read it soon.








No comments:

Post a Comment