Wednesday, 3 October 2012

BrideZilla.Com Visit_Part 2

Sambungannnyeee..


Makcik pun dah lega Kay dah dapat ilham color apekah yang dia nak...Then makcik tetibe kesian kat si Saiful ni explain itu ini itu ini tapi kitorang tak beli pape..Makcik pon memerah otak pikir benda apa yang makcik nak beli..


ahah!


Veil!

So makcik beli veil from Gulati's dengan harga RM178. Cantik jugakla veil ni.Bolehlaa..atleast kalau nanti makcik tetiba meroyan nak DIY veil sendiri..makcik bley guna veil ini sebangai template.


Perlukah tunjuk paper bag???


Sangat Simple. Panjang cecah Paha

Simple je Lace die.Okla.Xla serabut sangat

Tapi lepas kahwin nanti..maybe makcik nak let go kot veil ni..Yelah..xkan nak gi kerja pakai veil? Nak kena carut dengan public???Keluar repping ponn nak berveil-veil.

Kalew: Purple Pink ( sesuai dengan Baju pepel..sesuai dengan baju Pink)

tetiba!

Dalam dok melayan Kay and Saiful berceloteh..makcik main-main fesbuk..ada msg dalam inbox mengatakan "kad dah siap.boleh datang collect"

hohemgee.Kitorang pun rushing gi Puchong..Makcik dan Kay ekceli buat kad di tempat yang sama. Besties la katakan.hahaha





Kad makcik kelihatan seperti ini.Tapi ini sample je yang ada kat kedai.Jangan mare ye tuan punya kad =)

Makcik super highly recommend this kedai tu all b2b.. Sampai je kat situ..ada somebody akan layan korang..lepas seketika..dia akan tinggalkan korang untuk menjelajah seluruh pelosok kedai ..cari ilham kad mane la korang nak...why? Sebab ya hampunnn..banyak giler kad dalam kedai tu!!!



Ini link ke website diorang ye? Enjoy hunting!!

Kanda & Dinda Wedding Cards

Kad mahal ke murah ke semua ada. Kad makcik cuma berharga RM0.25 aje kanak-kanak sekaliann..

INGAT!BAJET!



Gembirakah Kay posing dengan kad -kad makcik??Motiff??
So lepas dah dapat kad..kitorang bergerak pulak ke rumah Adam. Adam ni special talented designer. Kay buat 1 baju nikah ( standby) dekat Adam. Adam actually pekak so dia memerlukan bantuan kakak dia Cha Cha untuk berkomunikasi dengan kitorang.

Baju yang Adam design untuk Kay adalah sangat SUPERB dan GOJES nak mati.


Hahaha mesti ada yang menyumpah seranah makcik. Maafla..Majlis Kay is on next 27 October 2012 so makcik tak dibenarkan untuk reveal the dress to you guyss.Lepas majlis baru makcik show off dress Kay ok!

Jadi..hayatilah kecantikan dress tu walaupun makcik dah kaburkan.heheheh

Hopefully u guys got a glimpse at how talented Adam is!

Makcik seriyes suka gila design Adam and nak book Adam tapi Malangnya bila ai nak tempah..tempahan dah ditutup ..sebab sangat full sampai tahun 2013..uhuhuhu..sedih sangat tak dapat pakai baju yang Adam design.

Tudung pun tak boleh. Adam rejek ai on the spot.Sedih.Glamer giler Adam sampai dah fully booked.

huhuhu
Wedding makcik Bulan Dec la.uhuhuhu


Sampai hati Adam..


Siap dapat paper bag lagi.Oh Kejam nya !

Kesimpulannya...pada hari itu..Kay tidak mendesign baju baru ..sebab Baju yang Adam design adalah sangat gojes sehingga beliau mahu memakainya sebagai Wedding Dress beliau nanti.

Syabas Kay.


Penat kita survey tadi.

Last-last kensel.

Syabas.

Tamat.

Untuk b2b yang laaambat lagi nak kawen..hopefully korang boleh jengah jengah fesbuk Adam dan tengok kreativiti beliau. If im not mistaken..he was Hatta Dolmat's student..

Adam Muzaini

1 comment:

  1. tu la..cantik sgt dress kay ni. ari tu da tgk...mmg sesuai dia buat utk reception je. hihhihi.

    ReplyDelete